Zombi Kilang Biskut 2014

Selepas filem Hantu Kak Limah 2: Husin Mon dan Jin Pakai Toncit, nampaknya Mamat Khalid kembali lagi dengan sambungan cerita berkaitan penduduk kampung pisang - kali ni lebih seperti filem pertama kerana kemunculan kembali hantu 'Zombi' di Kampung Pisang.



DI PAWAGAM 20 MARCH 2014.
Pengarah : Mamat Khalid
Terbitan : Enjit Semut Sdn Bhd
Genre : Komedi Seram
Bahasa : Malaysia
Lakonan : Awie, Shy8 ( Usop Wilcha) , Dayana Roza, Shuk(Balas), Delimawati, Man Kadir, Soffi Jikan,Eina Azman, Nazari, Zainuri, Adam Khalid, dan ramai lagi.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut 2014

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.

Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi. Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menangkap ketua kumpulan pengedar dadah itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Ulasan